Tangki Minyak Terjatuh Dari Lori

SLIM RIVER: Sebuah tangki minyak terjatuh daripada lori yang mengangkutnya menyebabkan Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, berdekatan Pejabat Pendaftaran Daerah Muallim di sini sesak, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berpunca apabila dinding lori itu roboh ketika lori berkenaan melalui selekoh menyebabkan tangki minyak itu jatuh di atas jalan.

Difahamkan, kenderaan yang melalui kawasan itu ketika itu sempat membelok bagi mengelak daripada dihempap tangki minyak yang kosong itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pihak polis meletakkan kon untuk memastikan aliran trafik lancar. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.