Harga Runcit RON95, RON97 Naik, Diesel Turun

KUALA LUMPUR: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel naik bermula tengah malam ini.

Bagi tempoh 17-23 Ogos ini, harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sebanyak tiga sen dan empat sen.

RON95 naik kepada RM2.15 seliter, manakala RON97 RM2.43 seliter.

Harga runcit diesel pula turun dua sen daripada RM2.06 kepada RM2.04 seliter.

Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.