Isa Samad Direman 5 Hari

PUTRAJAYA: Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamarudin membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas pengerusi Felda itu sehingga 20 Ogos ini.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM.

Mohd Isa, 68, tiba di kompleks mahkamah Putrajaya pada pukul 9.08 pagi Rabu.

Pada Selasa, Mohd Isa ditahan pada pukul 4.24 petang di ibu pejabat SPRM selepas beliau dipanggil untuk memberi keterangan berhubung pembelian hotel di London dan Kuching oleh FIC. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.