Kes Isa Samad Jadi Tumpuan

PUTRAJAYA: Perkarangan Mahkamah Majistret di sini, pagi ini dipenuhi wakil media dan orang awam yang ingin mengikuti prosiding permohonan reman terhadap bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Isa tiba jam 9.08 pagi dengan diiring pegawai SPRM. Turut kelihatan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan beberapa peguam.

Pegawai Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) membawa bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk mohon tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC). – Foto NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Isa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London dan Kuching, Sarawak.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap Isa bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.