Peneroka Felda Sifatkan Diri Bertuah Kerana Diberi Insentif

JOHOR BAHRU – Peneroka di Felda Ulu Tebrau di sini hari ini, melahirkan rasa syukur dan bertuah berhubung insentif khas yang bakal diterima mereka seperti diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk kebajikan warga Felda.

Selama hampir 45 tahun menjadi peneroka, Kenit Abu Bakar, 75, menyifatkan warga Felda sebagai bertuah kerana sering diberi perhatian dan keutamaan pihak kerajaan.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada perdana menteri kerana sudi memberi insentif sebegini kepada kami warga Felda. Walau pun saya sudah lama tidak dapat ke kebun kerana faktor umur, namun, kerajaan masih lagi memberi pelbagai bantuan seperti insentif dan bonus.

“Berbeza seperti dahulu, pendapatan kami hanyalah RM2.90 sehari tetapi kini kami mampu peroleh pendapatan yang lebih di samping pelbagai bantuan daripada pihak kerajaan,” katanya kepada Bernama yang ditemui di rumahnya hari ini.

Pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017, 23 Julai lepas, Najib mengumumkan enam insentif merangkumi pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan kepada golongan peneroka Felda. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.