Emas Keempat Malaysia Di Pusat Akuatik

KUALA LUMPUR: Atlet renang berirama Gan Hua Wei berjaya meraih pingat emas keempat untuk Malaysia di Pusat Akuatik Kebangsaan di Bukit Jalil.

Atlet berusia 18 tahun itu mencatatkan mata 73.8386 untuk muncul tempat pertama daripada sembilan peserta dalam acara teknikal solo pada Khamis.

Debbie Soh dari Singapura meraih perak dengan 73.8253.

Singapura juga mendapat gangsa menerusi Miya Yong Hsing, yang mengumpulkan 72.3769 mata. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.