Mangsa Banjir Berdepan Fenomena ‘Air Termenung’

MELAKA: Sejumlah besar mangsa banjir di negeri ini dilaporkan masih lagi terpaksa bermalam di pusat pemindahan sejak seminggu lalu susulan berdepan dengan fenomena ‘air termenung’ yang melanda kediaman mereka.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata antara sebab keadaan itu berlaku ialah kerana faktor kedudukan kediaman penduduk yang terletak di kawasan rendah.

Penduduk, Khairul Hisham Ali, 43, mengambil kesempatan menjaring ikan dalam banjir yang masih mengenangi Kampung Tanjung Laboh, Tehel, Bemban. Mangsa banjir yang ditempatkan pada tiga pusat pemindahan sekitar daerah Jasin dan Alor Gajah menurun kepada 183 orang setakat ini, berbanding 198 orang semalam. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Keadaan kawasan rumah penduduk yang masih digenangi air di Kampung Tanjung Laboh, Tehel, Bemban. Mangsa banjir yang ditempatkan pada tiga pusat pemindahan sekitar daerah Jasin dan Alor Gajah menurun kepada 183 orang setakat ini, berbanding 198 orang semalam. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Pada masa sama, katanya, penurunan paras air yang agak perlahan di kawasan kediaman penduduk disebabkan oleh faktor air pasang besar menyebabkan paras air tidak bergerak.

“Setakat jam 9 pagi ini, lima pusat pemindahan masih di buka bagi menempatkan sejumlah 183 mangsa banjir membabitkan 45 keluarga di daerah Alor Gajah dan Jasin.

“Seramai 107 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel; Balai Raya Seri Mendapat (14); Balai Raya Kampung Seri Jeram (13); TADIKA Jabatan Agama Islam Melaka Kampung Pulau (18) dan SK Belimbing Dalam (31),” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Penduduk, Khairul Hisham Ali, 43, mengambil kesempatan menjaring ikan dalam banjir yang masih mengenangi Kampung Tanjung Laboh, Tehel, Bemban. Mangsa banjir yang ditempatkan pada tiga pusat pemindahan sekitar daerah Jasin dan Alor Gajah menurun kepada 183 orang setakat ini, berbanding 198 orang semalam. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.