Najib Dan Pemimpin Dunia Ucap Takziah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden rempuhan van hingga meragut 10 nyawa di pusat bandar Barcelona.

“Takziah diucapkan kepada mereka yang kehilangan insan tersayang selepas menjadi mangsa dalam kejadian serangan di Barcelona,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

Selain Najib, beberapa pemimpin seluruh dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron turut meluahkan rasa simpati dan menyatakan solidariti terhadap rakyat Sepanyol menerusi menerusi akaun rasmi Twitter mereka.

Seramai 13 dilaporkan terbunuh apabila van merempuh orang ramai di Las Ramblas, di pusat bandar Barcelona hari ni. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.