Dua Maut Serangan Di Finland

DUA maut dan sekurang-kurangnya lapan lagi cedera dalam serangan seorang lelaki bersenjatakan piau di Finland.

Suspek bagaimanapun ditahan selepas ditahan polis dalam insiden di bandar Turku, barat daya negara itu.

Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4.02 petang Jumaat (9.02 malam waktu Malaysia).

Lapan mangsa termasuk seorang wanita yang ditikam suspek dibawa ke hospital.

Sebahagian daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Polis kini memburu lebih ramai suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu.

Ketua polis Seppo Kolehmainen berkata, ketika ini serangan itu masih belum dikategorikan sebagai serangan keganasan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan insiden tersebut mempunyai kaitan dengan pengganas. – Mail Online

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.