Harga Petrol Kekal, Diesel Turun Tiga Sen

PETALING JAYA: Harga petrol tidak berubah untuk minggu akhir Ogos manakala harga diesel turun tiga sen seliter.

Harga RON95 dan RON97 akan kekal pada RM2.15 seliter dan RM2.43.

Diesel akan turun tiga sen kepada RM2.01 seliter dari RM2.04 seliter sebelum ini.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.

Dengan mekanisme mingguan baharu ini, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan harga yang baharu berkuatkuasa selepas tengah malam. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.