Najib Lancar Ikon 1Malaysia Negaraku

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku, yang menggabungkan konsep 1Malaysia dan inisiatif Negaraku, yang melambangkan simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Pada majlis pelancaran di Perdana Putra di sini yang dihadiri menteri-menteri Kabinet, beliau berkata penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinonim dengan kedua-dua konsep berkenaan.

“Maka, kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-dua simbol menjadi satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan konsep 1Malaysia dan juga tidak memberi tumpuan kepada konsep ‘Negaraku’ seolah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi.

“Dengan ini, 1Malaysia akan terus kita perjuangkan laungannya. Kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu 1Malaysia Negaraku,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.