KL2017: Rafiq Gah Rangkul Emas Boling Masters Lelaki

KUALA LUMPUR: Pemain boling negara, Rafiq Ismail menebus kekecewaan tewas kepada pemain Thailand, Yannaphon Larpapharat di temasya 2015 apabila merangkul emas berganda buat skuad negara dalam acara Masters di Sunway Mega Lanes, hari ini.

Rafiq, pemain pilihan utama, mengenepikan cabaran Yannaphon yang juga pilihan kedua dengan kemenangan 213-190 untuk merangkul emas acara Masters Lelaki.

Pingat emas itu adalah yang ketiga untuk Rafiq di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas cemerlang dalam acara individu lelaki dan beregu campuran.

RAFIQ Ismail memeluk ibunya, Zaiton Abd Ghani sambil disaksikan bapanya, Ismail Nimat selepas berjaya meraih pingat emas.- Foto BERNAMA

Sebelum itu, Shalin Zukifli meraih pingat emas Sukan SEA ke-20 dalam kariernya sejak mula membabitkan diri pada tahun 1993 selepas menjuarai acaera Masters Wanita.

Pemain berusia 39 tahun itu yang juga pilihan kedua, mengenepikan cabaran Tannya Roumimper dari Indonesia, 246-220, 223-222.

Malaysia mengakhiri kempen acara boling di KL2017 dengan muncul juara keseluruhan selepas merangkul tujuh emas, empat perak dan tiga gangsa. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.