Najib Dapat Cucu Baru

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira di atas kelahiran cucu baharunya, Adam Razak.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina, selamat melahirkan bayi lelaki itu pada awal pagi Jumaat.

Najib melalui laman Twitter berkata: “My new grandson (cucu baru saya), Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.”

Adam merupakan cahaya mata sulung Nooryana Najwa yang telah mendirikan rumah tangga pada dua tahun lalu bersama Daniyar Kessibayev yang berasal dari Kazakhtan. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.