Polis Kuantan Sasar Tambah Penyertaan VSP

KUANTAN – Polis Kuantan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan sukarelawan program ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP) selepas berjaya merekodkan lebih 500 penyertaan sejak aplikasi VSP dilancarkan 25 Mac lepas.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan DSP Ajit Singh berkata untuk tujuan itu, pihaknya akan memperhebat dialog bersama komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai program berkenaan.

“Jumlah itu dijangka terus meningkat selepas sesi penerangan dilaksanakan dengan memperbanyakkan lagi kerjasama dengan pihak institusi pengajian tinggi, pasar raya, pengurusan kawasan Felda dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Pencegahan Jenayah anjuran Open University Malaysia (OUM) Kuantan di sini Khamis.

Turut hadir Pengarah OUM Kuantan Razalina Abdul Rashid.

Menurut Ajit, objektif VSP ialah membolehkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak polis dalam penyaluran maklumat melalui aplikasi mudah alih VSP. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.