Kanak-Kanak Felda Diberi Pendedahan Aplikasi ‘Quiver’

TAMPIN – Kira-kira 100 kanak-kanak dan remaja Felda Bukit Jalor di sini diberi pendedahan aktiviti mewarna tiga dimensi menggunakan aplikasi ‘quiver’ yang dianjurkan Pusat Internet 1 Malaysia di sini dalam Program Jalinan Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Pengerusi Pusat Internet 1Malaysia Siti Radiah Md Isa berkata pihaknya membuat pertandingan mewarna dalam tiga dimensi bertemakan Hari Kebangsaan bagi memberi pendedahan tekonologi baharu dengan penduduk di sini.

“Kami menggunakan aplikasi ‘quiver’ untuk pertandingan mewarna tiga dimensi untuk memberi pendedahan kepada penduduk di sini khususnya para kanak-kanak dan remaja supaya tidak ketinggalan dalam arus teknologi.

“Penyertaannya sangat menggalakkan dari kanak-kanak dan juga remaja kerana grafiknya yang menarik dan mereka dapat belajar satu benda yang baharu kerana teknologi semakin berkembang selaras dengan usia negara kita merdeka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Aplikasi ‘quiver’ membolehkan sesebuah lukisan yang dicetak mengikut format ‘quiver’ menjadi hidup ataupun dalam tiga dimensi dan ia adalah satu kaedah pembelajaran melalui gajet untuk kanak-kanak. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.