Peneroka FELDA Wilayah Trolak Terima Cek Insentif Khas

SUNGKAI – Peneroka-peneroka dari tujuh belas tanah rancangan di  bawah FELDA Wilayah Trolak menerima cek insentif khas hari ini di Dewan Feldajaya Utara Trolak, Perak.

Seramai 5,017 peneroka negeri Perak layak menerima insentif khas sebanyak RM5,000 untuk setiap peneroka dan akan menerima insentif tersebut secara berperingkat bermula dari minggu terakhir bulan Ogos 2017.

RM25.08 Juta telah diperuntukkan untuk pemberian insentif khas ini.

Majli ini telah disempurnakan oleh Dato’ Saarani Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak.

 

Turut hadir adalah Dato’ Mohd Khusairi Hj. Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Slim merangkap Ahli Lembaga FELDA dan Dato’ Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu.

Insentif khas RM5,000 yang diterima oleh setiap peneroka yang bersama FELDA ini adalah salah satu daripada enam insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 23 Julai 2017 lalu.

Selain itu, seramai tujuh peneroka mewakili 1,000 peneroka lain menyerahkan borang permuafakatan dalam majlis serahan insentif khas ini.


 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.