Gesa Peneroka Pulangkan Wang Insentif, Pembangkang Hanya Main Politik

SUNGKAI – Meletakkan hukum haram atas wang insentif khas pemberian pihak kerajaan kepada semua peneroka oleh Majlis Syura Amanah hanyalah mainan politik yang dilakukan oleh pembangkang, kata Dato Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Lembaga FELDA.

Khusairi berkata demikian bagi mengulas dakwaan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Amanah di mana wang insentif itu adalah haram kerana bertujuan untuk pilihan raya sahaja selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan setiap peneroka akan wang sebanyak RM5,000.

Tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang adalah permainan biasa memandangkan pembangkang pernah memberi kenyataan duit durian runtuh RM15,000 yang pernah peneroka terima dahulu juga adalah haram dan rasuah dari pihak kerajaan.

“Niat mereka sudah pasti bertujuan bermain politik dalam perkara ini. Dahulu pun, duit durian runtuh RM15,000 diberikan kepada peneroka, berbagai tohamahan diperkatakan pembangkang di mana peneroka akan kehilangan tanah dan sebagainya.

“Tapi hari ini, semua peneroka masih lagi memiliki tanah 10 ekar yang mereka pegang. Tidak ada sekepin tanah pun yang terlepas kepada FELDA,” kata Khusairi yang ditemu bual selepas Majlis Penyerahan Cek Insentif Khas Peneroka Negeri Perak di FELDA Trolak, semalam.

Justera itu, Khusairi mahu melihat sendiri bilangan peneroka yang tertipu dengan dakwaan pembangkang ini supaya memulangkan semula wang insentif tersebut kepada pihak FELDA.

“Jadi, saya nak melihat berapa ramai peneroka yang menyahut seruan dari Majlis Syura Amanah yang mengatakan wang ini haram dan tidak mahu mengambilnya (terima). Dan sekiranya mereka mahu pulangkan, saya nak lihat berapa ramai peneroka yang mahu pulangkan kepada FELDA,” tambahnya.

Khusairi berkata lagi, strategi meletakkan hukum ‘haram’ dan ‘rasuah’ atas wang pemberian kerajaan dan FELDA adalah strategi jahat dari pembangkang bertujuan mengelirukan para peneroka agar menolak kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

“Ini semua merupakan satu strategi jahat dari pihak pembangkang tujuannya adalah untuk mengelirukan para peneroka ingin memastikan supaya para peneroka menolak kepimpinan oleh kerajaan dan apa yang diusahakan oleh FELDA selama ini,” kata Khusairi.

Beliau berharap agar para peneroka tidak termakan dengan dakyah dan hasutan dari pihak pembangkang yang sentiasa mencari jalan memburukkan kerajaan dan FELDA demi mendapatkan sokonga peneroka terhadap parti pembangkang.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.