KL2017: Pandelela Sumbang Emas Ke-102 Malaysia

KUALA LUMPUR: Pandelela Rinong memastikan pingat emas keenam dalam sukan terjun apabila memenangi acara 10 meter platform individu wanita di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.

Ratu terjun negara itu meraih 341.65 mata selepas lima terjunan mengatasi Freida Lim Shen Yan yang memenangi perak dengan catatan 274.65 mata.

Rakan senegara Pandelela, Kimberly Bong Qian Ping pula meraih gangsa apabila meraih 255.05 mata.

Ini adalah acara terakhir untuk ratu terjun negara.

Sebelum ini dia memenangi emas menerusi acara berpasukan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.