Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, agenda itu hanyalah helah atau gimik politik pembangkang terutamanya DAP dalam usaha menawan Johor.

“Pembangkang sebenarnya tidak ada apa-apa aspirasi dan pelan pun untuk Johor serta orang Melayu dan juga pendidikan agama kerana mereka hanya mahukan kerusi semata-mata.

“Malah, orang Melayu termasuk yang berada di Felda bukan sahaja menyokong kerajaan sedia ada tetapi bersama-sama menyokong perancangan, hala tuju dan matlamat yang kita buat untuk negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Hak Milik Tanah kepada 607 peneroka dari Felda Ulu Penggeli, Kampung Seri Cahaya dan Kampung Ilham di Sembrong, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani. – UTUSAN ONLINE