Maut Kereta Terjunam Ke Laut

KOTA KINABALU: Seorang lelaki lemas apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam laut dengan kedalaman kira-kira tiga meter di Jalan Tanjung Lipat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Kelvin Chong Chew, 30-an, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terperangkap dalam kereta jenis Toyota Camry dipandunya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada jam 6.19 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan, sembilan anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta putih berkeadaan terjunam ke dalam laut.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki terperangkap dalam kereta dan kami mengeluarkan mangsa dengan segera untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.