Peneroka Perlu Bijak Nilai Persepsi Dan Realiti

PEKAN – Golongan peneroka dinasihatkan untuk lebih bijak menilai antara persepsi dan realiti isu yang dimainkan pembangkang supaya tidak mudah dimanipulasikan pihak yang berniat memecahbelahkan keutuhan Felda.

Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Ekonomi) Felda Ab Ghani Ali mengakui isu berkenaan persepsi negatif merupakan cabaran besar kepada Felda walaupun mereka berusaha untuk memberi penerangan, penilaian terakhir ditentukan oleh diri peneroka itu sendiri.

Beliau berkata setelah pelbagai usaha keras dilakukan untuk membangunkan ladang dan menikmati pelbagai manfaat melalui Felda ini, peneroka tidak seharusnya dengan mudah terpengaruh dengan mereka yang berkepentingan terutamanya dari sudut politik.

Mereka hanya mahu sokongan daripada peneroka dan berhasrat menghancurkan permuafakatan dalam Felda,” katanya yang ditemui pada majlis korban Masjid Al-Makmuriah Felda Chini 3 di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun dan Pegawai Bertanggungjawab Felda Global Ventures (FGV) Datuk Khairil Anuar Aziz. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.