Himpunan Bersama Pengerusi FELDA Pupuk Komunikasi

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Bersama Pengerusi FELDA diadakan pada pagi ini yang dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi FELDA dan FTP, Petugas di Ibu pejabat dan semua pengurus FELDA dan FTP di kawasan rancangan.

Pengerusi FELDA telah menyampaikan ucapan dan mandat kepada semua petugas supaya bersama membantu membawa FELDA sebagai organisasi yang berjaya.

Beliau turut memberi penekanan bahawa komunikasi adalah sangat penting dalam menyampaikan maklumat/informasi terhadap semua peringkat terutamanya warga peneroka dari peringkat ibu pejabat, wilayah dan rancangan khususnya.

Turut disampaikan adalah Anugerah Hasil Tertinggi Bulan Julai 2017:

Kategori Sawit :
1. Felda Tunggal, Felda Wilayah JB Wilayah Johor Bahru (Lot peneroka) ; 4.16 tan/ha
2. Felda Raja Alias 5, FELDA Wilayah Raja Alias Wilayah Raja Alias (Lot FELDA) ; 2.92 tan/ha

Kategori Getah:
1. Felda Bukit Jalor, Wilayah Raja Alias (Lot Peneroka) ; 295.00 kg/ha
2. Felda Palong 8, Wilayah Raja Alias (Lot FELDA) ;276.86 kg/ha

SUMBER – KOMUNIKASI KORPORAT FELDA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.