Najib Terima Kunjugan Hormat Ketua Polis Negara

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Fuzi Harun, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini.

 

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Fuzi atas pelantikannya sebagai Ketua Polis Negara ke 11.

 

“Menerima kunjungan hormat Datuk Seri Fuzi Harun pagi ini. Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara ke-11 dan selamat bertugas,” katanya melalui laman twitter miliknya, sebentar tadi.

 

Semalam, Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang bersara wajib daripada perkhidmatannya.

 

Fuzi sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.