Viral Bumbung Runtuh Bukan Di HSA – EXCO

JOHOR BAHRU: Gambar memaparkan kejadian bumbung runtuh yang viral di media sosial sejak pagi tadi disahkan berlaku di Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Jalan Mahmmodiah, di sini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, yang turut menafikan kejadian itu berlaku di bangunan utama Hospital Sultanah Aminah (HSA) seperti didakwa pengguna laman sosial.

Katanya, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Insiden yang viral itu berlaku di Klinik Mahmodiah dan bukannya di HSA.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan kejadian berlaku di Kaunter Kaunseling Pemakanan,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian bumbung runtuh itu.

Katanya, punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak bertanggungjawab.

KEJADIAN bumbung runtuh yang viral di media sosial. – Foto tular media sosial – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.