Atlet Berbasikal Paralimpik Cedera Dilanggar Lari

KUALA LUMPUR: Seorang ketua ajurulatih dan empat atlet berbasikal Paralimpik negara cedera selepas dirempuh pacuan empat roda semasa menjalani latihan di Lebuhraya Latar dekat Batu Arang.

Jurulatih, Johari Nayan sedang berlatih bersama pasukan berbasikal Paralimpik, Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, Khairul Azwan Wahab, 25, Nur Syafiq Suhaimy, 19, dan Khairul Nizam Mohd Ali, 23 ketika kejadian pada kira-kira pukul 10.50 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kesemua mangsa mengalami kecederaan dalam kemalangan langgar lari itu, dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Pemandu pacuan empat roda bagaimanapun melarikan diri.

“Kita sedang menjejaki pemandu dan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk segera menghubungi pihak polis. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.