Sambutan Kemerdekaan Peringkat FELDA Wilayah Jengka 2017

KUALA LUMPUR – Bagi menghayati erti kemerdekan dan Hari Malaysia, satu sambutan Kemerdekaan Peringkat FELDA Wilayah Jengka tahun 2017 akan diadakan esok.

Sambutan tersebut akan diadakan di Dewan Semai Bakti FELDA, Jengka 21 bermula jam 7.30 pagi sehingga 11 malam.

Ia akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Haji Ismail Mohamed Said dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Anuar Malek.

Pelbagai aktiviti telah dirangka dalam sambutan bersejarah ini antaranya seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, pertandingan Treasure Hunt, pertandingan selfie kemerdekaan, ceramah “Aku Negaraku” dan banyak lagi.

Turut diadakan adalah pameran agensi dan gerai jualan sepanjang sambutan ini berlangsung.

Sambutan ini terbuka kepada seluruh warga FELDA dari Wilayah Jengka.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.