Bau Mi Segera Punca Gaduh

BANGKOK: Seorang lelaki terbunuh, manakala tiga yang lain cedera dalam satu pergaduhan gara-gara bau masakan mi segera pada Jumaat.

Menurut polis, Somchai Klinhom,47, ditikam sehingga maut di rumahnya yang terletak di Jalan Nayao, Bangkok pada pukul 11.45 pagi.

Jirannya yang merupakan dua lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Polis menemui sebilah pisau yang di penuhi darah, batang besbol dan sebatang kayu di tempat kejadian.

Tambah polis, kedua-dua jiran itu dikatakan selalu bertengkar.

Sebelum itu pada Khamis, dipercayai adik Somchai sedang memasak mi segera dan jirannya menegur bau masakkannya yang kurang menyenangkan.

Pertengkaran tersebut membawa mereka hingga ke Balai Polis Khan Nayao sebagai tempat berunding.

Namun pada Jumaat, Somchai sekali lagi bertengkar dengan jirannya itu.

Kali ini, dia telah memarahi ibu jirannya yang membawa punca pergaduhan berlaku sehingga dia dipukul.

Dia meninggal dunia di depan rumahnya, jelas polis. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.