Pasar Besar Seremban Terbakar

SEREMBAN: Pasar Besar Seremban yang terletak di Jalan Tun Dr Ismail di pusat bandar ini terbakar jam 7.30 malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya yang menerima laporan kebakaran pada jam 7.36 malam, menghantar enam jentera dengan 30 pegawai serta anggota ke lokasi untuk memadamkan api.

Sehingga jam 8.40 malam ini, kira-kira 80 peratus tingkat satu bangunan itu musnah dan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

“Kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain, namun belum dapat memastikan sama ada terdapat mangsa dalam kejadian ini,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.