Sultan Kedah Mangkat

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat pada usia 89 tahun.

Baginda disahkan mangkat pada pukul 2.30 petang, Isnin.

Pemerintah Kedah mencipta sejarah apabila Baginda ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Agong buat kali kedua pada tahun 2012, kali pertama adalah pada tahun 1970.

Tuanku Abdul Halim menamatkan tempoh pemerintahannya sebagai Yang Dipertuan Agong ke 14 pada Disember tahun lalu dan digantikan oleh pemerintah Kelantan, Sultan Muhammad V.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.