Subjek Alam Sekitar Dijangka Dilaksana 2019 – Wan Junaidi

IPOH – Subjek alam sekitar dijangka dijadikan sukatan pelajaran di sekolah dan universiti dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kertas cadangan mengenai perkara itu dijangka siap hujung tahun ini sebelum dibentangkan kepada Kabinet awal tahun depan.

“Kementerian saya diketuai oleh timbalan ketua setiausaha sedang membuat perbincangan dengan Kementerian Pendidikan di peringkat pegawai sebelum dibawa (perbincangan) di peringkat menteri.

“Penerimaan daripada Kementerian Pendidikan amat positif. Mereka bekerjasama dengan pegawai saya untuk mempelopori satu idea supaya satu sukatan diperkenalkan di peringkat sekolah dan universiti, “katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri Sesi Dialog ASEAN di Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) 2017 di sini hari ini. Dialog dua hari bermula semalam itu bertemakan ‘Memacu Masa Hadapan: Landaan Inovatif Ke Arah Pembangunan Mapan’ anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.