25 Orang Maut Pusat Tahfiz Terbakar

KUALA LUMPUR – Lebih 25 dipercayai maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, awal pagi Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 5 pagi Khamis.

“Berdasarkan maklumat awal kami, lebih 25 pelajar dan tenaga pengajar dipercayai terkorban dalam kebakaran itu.

“Anggota kami masih berada di lokasi kejadian setakat ini,” katanya.

Video awam menunjukkan tingkat paling atas di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz itu masih terbakar ketika azan subuh berkumandang.

Difahamkan laluan di Jalan Keramat Hujung yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang ditutup susulan kejadian berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.