Tiga Mangsa Dibenarkan Pulang

KUALA LUMPUR: Tiga mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dibenarkan pulang, malam semalam.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata keadaan ketiga-tiga mangsa sudah stabil, namun perlu menjalani rawatan susulan mengikut tarikh yang ditetapkan.

“Tiga lagi masih ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana terbakar. Mereke dimasukkan selepas melecur 20 peratus ke 30 peratus dan sedang mendapat rawatan sokongan.

“Seorang lagi ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Pediatrik kerana masih trauma serta berhadapan masalah kesihatan lain yang berkaitan,” katanya kepada pemberita di HKL, di sini, hari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.