Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, program secara konvoi yang akan berlangsung sehingga 30 September itu merupakan satu daripada usaha untuk mendekati dan mendapatkan sokongan rakyat untuk menolak rasuah.

Katanya, SPRM mahu rakyat terus bangkit untuk memerangi rasuah tanpa mengira agama, bangsa mahupun ideologi politik.

Kempen ini juga sebagai tanda terima kasih kami kepada rakyat yang menyokong SPRM atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan sejak 50 tahun lalu.

Di dalam program Kejar 2017, kepimpinan SPRM akan berkonvoi dan menjelajah ke setiap pelosok negara untuk meraih sokongan rakyat agar membenci rasuah, katanya semasa menyampaikan sembah ucapan pada majlis sambutan Jubli Emas BPR dan SPRM Ke-50 serta program Kejar peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Tengku Indera Setia Selangor, Tengku Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin berangkat ke majlis itu sebagai mewakili Sultan Selangor. – UTUSAN ONLINE