7 Lembu Mati Dirempuh Lori Tangki

BAHAU: Tujuh ekor lembu mati dirempuh sebuah lori tangki di Jalan Pintas Bandar IOI di sini, malam semalam.

Kes jam 9 malam dipercayai berlaku apabila pemandu lori terbabit yang dalam perjalanan ke Bandar Seri Jempol dari Rompin, terlanggar lembu yang tiba-tiba keluar dari kawasan ladang sawit berhampiran.

Saksi dikenali sebagai Azman, 40, berkata pemandu lori itu dipercayai tidak sempat membrek, lalu melanggar lembu termasuk anak lembu.

“Pemandu lori tangki itu tidak cedera, manakala lembu itu dipercayai milik penduduk kampung berhampiran,” katanya di sini.

Sementara itu, semua bangkai lembu itu diuruskan Majlis Daerah Jempol (MDJL) dan ditanam berhampiran kawasan ladang sawit itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.