PDRM Umum Pertukaran Dua Pegawai Kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya berkuat kuasa pada Sabtu ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad, berkata ia membabitkan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Yahya yang akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri.

Tempat Zamri akan diganti oleh Datuk Sanusi Sidek yang kini Pengarah Penyelaras Operasi merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri. – BERNAMA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.