Wanita Vietnam Maut Jatuh Dari Stesen Monorel

KUALA LUMPUR: eorang wanita warga Vietnam maut setelah jatuh dari tingkat tiga Stesen Monorel di Jalan Imbi, di sini Ahad.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1.22 petang.

Katanya, wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 20an dipercayai terjun dari tingkat tiga stesen monorel berkenaan.

Pemeriksaan terhadap pasport wanita itu menunjukkan dia masuk ke Malaysia pada 10 September lalu.

Mohd Sukri berkata, tiada unsur jenayah dikaitkan dengan insiden itu dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.