Hidup Selesa: Peneroka Felda Perlu Bersyukur – Mohamad

JEMPOL – Peneroka tanah rancangan Felda perlu bersyukur kerana telah menikmati kehidupan yang selesa ketika ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keselesaan yang dikecapi mereka pada hari ini adalah hasil perjuangan pemimpin negara terdahulu dalam menstrukturkan masyarakat khususnya masyarakat di luar bandar.

“Sayangilah perjuangan pemimpin terdahulu dan inilah sebenarnya hasrat mengapa Felda diwujudkan kerana nak menstruktur masyarakat.

“Jagalah harta kita…geran hak milik yang diberi, jaga dengan baik untuk diturunkan kepada anak-anak,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian geran hak milik tanah peneroka Felda Serting Hilir 1 dan 5 di sini, hari ini.

Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri Serting Datuk Shamsulkahar Mohd Deli. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.