Gempar Anak Lembu Berkepala Dua

BANDAR SERI JEMPOL: Penduduk FELDA Pasoh Dua di sini, dikejutkan dengan kelahiran anak lembu berkepala dua yang dipercayai dilahirkan awal pagi tadi.

Penduduk, Kamarul Azman Kamarudin, 46, berkata bagaimanapun anak lembu itu yang dilahirkan di pekarangan rumah seorang kakitangan FELDA, mati sebaik dilahirkan.

Katanya, bangkai anak lembu itu ditemui orang ramai kira-kira jam 7.15 pagi, yang berjoging di kawasan itu.

“Kami tidak pasti siapa pemilik lembu ini, malah ibu lembu juga tidak ditemui di kawasan sekitar,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, bangkai anak lembu itu sudah ditanam oleh penduduk. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.