Rakyat Malaysia Dilarang Ke Korea Utara

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang pergi ke Korea Utara hingga diberitahu kelak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, larangan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang semakin meningkat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.

Katanya, larangan perjalanan itu akan disemak semula selepas situasi di negara itu kembali normal.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi Kementerian Luar di talian +603-80008000 (waktu bekerja) atau +603-88874570 (selepas waktu bekerja),” kata kenyataan itu, hari ini.

Ketika ini, pasukan bola sepak Malaysia dijadual bertemu dengan Korea Utara bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B di Pyongyang pada 5 Oktober depan, namun tidak dapat dipastikan sama ada larangan perjalanan itu bakal menjejaskan perlawanan berkenaan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.