Tujuh Silinder Gas Berisi Klorin Dibawa Keluar – Bomba

MELAKA – Tujuh silinder gas yang berisi cecair kimia jenis klorin berjaya dibawa keluar dari Kampung Tambak Paya, malam ini.

Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Melaka, Kamarulzaman Mohd Din berkata kerja-kerja pengalihan tujuh tong gas berkenaan, termasuk melibatkan kerja-kerja menggali sebuah silinder bocor yang ditanam, semalam.

“Kesemua tujuh silinder tersebut dibawa keluar kira-kira 10.10 malam ini, dengan diiringi lapan kenderaan Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) dan kenderaan polis.

“Kita bergerak secara konvoi sehingga ke Rawang, Selangor bagi memastikan ia selamat sampai ke lokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya mendapat bantuan daripada sebuah syarikat yang dilantik oleh pemilik silinder terbabit untuk kerja-kerja pemindahan tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.