Air Sungai Seperti ‘Teh Tarik’

KULIM: Air Sungai Mahang yang mengalir ke Kampung Ulu Mahang dan beberapa kampung lain sepatutnya kelihatan jernih.

Namun beberapa hari lalu ia berubah warna.

Salah satu lokasi yang terkenal dengan dengan laluan pejalan kaki terpanjang dunia dengan 1.5 kilometer iaitu Kawasan Rekreasi Sungai Sadim kini airnya kelihatan seperti ‘teh tarik’.

Pencemaran air itu turut menjejaskan proses hidro elektrik Tenaga Nasional Bhd sepanjang sungai tersebut.

Ia dikatakan berpunca daripada aktiviti perlombongan pasir dan pembalakan yang tidak dikawal.

Seorang ahli perniagaan, Mohd Khairy Mohd Salleh, 46, berkata, penduduk kampung menggunakan air sungai itu untuk kegunaan harian seperti membasuh dan menanam.

“Kini, warna air seperti teh tarik – walaupun cuaca baik. Sebelum ini, air keruh apabila hari hujan sahaja,” jelasnya.

Tambahannya juga, sungai itu alternatif bekalan air kepada kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Bukit Kabu, Kampung Bukit Kubur, Kampung Padang Kering dan Kampung Charok Kedah serta 3,000 penghuni di Kampung Ulu Mahan.

Dia berharap pihak berkuasa dapat mengawal dan menyekat aktiviti pembalakan dan pelombongan tanah.

The Star meninjau sejauh 10 kilometer laluan tersebut dan melihat pembersihan bukit giat dijalankan kira-kira 500 meter dari paras laut.

Mereka turut menjumpai tempat penyimpanan kayu balak sebelum dibawa keluar dari Kampung Ulu Mahang.

Aktiviti pembalakan itu mendapat lesen daripada Perbadanan Menteri Kedah untuk 200 hektar sahaja di kawasan Gunung Inas.

Seorang pekerja Tenaga berkata, penjana kuasa berkurangan sejak aktiviti itu. Sebelum ini 400kWh, sebalik sekarang hanya 100Kwh kerana kekurangan air bersih. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.