Tentera Israel Tembak Mangsa Kelima

GAZA: Tentera Israel menembak mati seorang lelaki dekat kawasan sempadan di sini, menjadikan ia mangsa kelima ketika bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara bangsa Yahudi itu kian memuncak.

Kementerian kesihatan melaporkan, Yasser Sokar, 32, mangsa kelima di Semenanjung Gaza sejak Israel melancarkan serangan udara selepas Presiden Donald Trump membuat pengumuman penuh kontroversi pada 6 Disember lalu.

Jurucakap kementerian, Askraf al-Qudra berkata, mangsa ditembak ketika pertempuran sepanjang sempadan Gaza di utara dekat kawasan penempatan Palestin. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.