Isteri Pengarah JAIPk Meninggal Dunia

IPOH: Isteri kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, petang semalam akibat barah paru-paru.

Allahyarham Datin Noorul Huda Mokhtar, 53, menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya, Datuk Mohd Yusop Husin, pada jam 6.30 petang.

Mohd Yusop ketika ditemui, berkata arwah dibawa ke hospital petang semalam, sebelum meninggal dunia setengah jam selepas itu.

Katanya, arwah isterinya dikesan mempunyai ketumbuhan dan menghidap barah paru-paru sejak awal tahun lalu dan keadaan kesihatannya semakin merosot sejak sebulan lalu.

“Dalam tempoh sebulan ini, arwah masih boleh berjalan dan menjalani kehidupan harian.

“Namun, sejak tiga hari lalu dia mengalami masalah kesukaran bernafas dan tidak mempunyai selera makan,” katanya yang ditemui di kediamannya, di Tambun di sini hari ini.

Allahyarham anak ketiga daripada 11 beradik itu meninggalkan empat anak.

Mohd Yusop berkata , jenazah isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun selepas solat zuhur, hari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.