SPNB Teruskan Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik Di Bawah Harga Semasa

KUALA LUMPUR – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan pembinaan 15,000 unit rumah mampu milik pada harga 10 hingga 15 peratus di bawah harga pasaran di seluruh Malaysia pada tahun ini, kata pengerusinya Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata SPNB melalui anak syarikatnya SPNB Aspirasi Sdn Bhd juga akan meneruskan fasa ketiga projek perumahan Laguna Biru Sungai Buloh membabitkan pembinaan 600 unit kondominum pada suku ketiga tahun ini.

“Fasa pertama dan kedua, kita (SPNB) sudah bina 1,240 unit kondominium pada harga antara RM140,000 dan RM160,000 (seunit) dengan keluasan 850 kaki persegi dan semuanya sudah terjual.

Bagi fasa ketiga ini harga (kondominium) mungkin tidak dapat dijual (rendah) seperti harga fasa sebelum ini. Ia bergantung kepada spesifikasi dan jenis rumah,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan pampasan insurans kepada waris kakitangan SPNB yang telah meninggal dunia, di Ibu Pejabat SPNB, di sini hari ini.

Dr Abd Latiff juga berkata SPNB berada pada tahap dan landasan terbaik apabila memperoleh pendapatan RM600 juta pada 2017. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.