7 Malam: Mangsa Banjir Di Pahang Bertambah Kepada 4,851 Orang

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan peningkatan sekali ganda dengan 4, 851 orang dipindahkan sehingga pukul 7 malam ini berbanding hanya 2,061 orang tengah hari tadi.

Menurut portal infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), lima daerah terjejas banjir iaitu Maran, Jerantut, Kuantan, Rompin dan Pekan.

“Dua PPS yang dibuka di Maran ialah Surau Kampung Bintang dan Kampung Baru Sungai Chedong masing-masing Menempatkan lima dan 67 orang.

“Di Jerantut, dua PPS dibuka iaitu Dewan Serbaguna Jerantut Feri (11 orang) dan Balai Raya Kampung Besol (lapan orang), ” menurut portal berkenaan.

Kuantan merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 3,931 mangsa banjir ditempatkan di 22 PPS iaitu Dewan Orang Ramai Seri Damai (156), dan Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran Kemunting (108). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.