Guru Takmir Perlu Ingatkan Masyarakat Mengenai Kebersihan – Mufti Perlis

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta para guru takmir mengingatkan orang ramai berhubung kepentingan menjaga kebersihan.

Katanya kebersihan yang dituntut Islam bukan sahaja terhadap amalan diri sendiri tetapi meliputi seluruh alam termasuk sungai dan laut.

“Allah SWT menyuruh manusia keluar ke seluruh pelusuk dunia untuk melihat keindahan alam dan mencari rezeki tetapi jika alam dicemari manusia sendiri, segala keindahannya akan hilang,” kata Mohd Asri ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sinimalam tadi.

Beliau memberi contoh keadaan sungai dan pesisiran pantai di negeri ini yang penuh dengan sampah sarap hingga merosakkan pemandangan dan menyebabkan pencemaran.

“Saya sedang memikirkan kemungkinan memasukkan silibus mengajar guru-guru kelas takmir di Perlis dengan menyelitkan ceramah kesedaran betapa pentingnya orang ramai menjaga kebersihan,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.