Harga Minyak Naik

PETALING JAYA: Harga baharu semua bahan api naik mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan RON97 naik sebanyak tiga sen masing-masing kepada RM2.29 dan RM2.56 seliter.

Manakala harga diesel naik sebanyak enam sen kepada RM2.32 seliter.

Harga baharu ini diumumkan pada Rabu petang dan kenaikan bermula pukul 12.01 pagi Khamis sehingga 10 Januari.

Mekanisme pengumuman harga bahan api secara mingguan berkuat kuasa sejak April lalu. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.