Hampir 30 Suspek Pengganas Dihantar Pulang Ke Negara Asal – Ayob Khan

PUTRAJAYA – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengusir hampir 30 orang daripada keseluruhan 50 suspek pengganas yang dihantar ke Malaysia sejak 2014.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek terbabit dihantar ke negara ini oleh sebuah negara, yang beliau enggan dedahkan, setelah ditahan di negara berkenaan.

Beliau berkata mengikut undang-undang antarabangsa, suspek pengganas yang ditahan di mana-mana negara, perlu dihantar pulang ke lokasi terakhir mereka berada dan bukannya negara yang ingin dituju oleh suspek terbabit.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan ceramahnya pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan’, PISD yang berlangsung selama dua hari dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Arab Saudi. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.