Keadaan Banjir Di Pahang Tidak Banyak Berubah

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang tidak banyak berubah dengan 9,858 mangsa kini berada di 56 pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berbanding 9,810 orang malam tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan terus mencatatkan pertambahan mangsa yang dipindahkan dengan 7,802 orang di 31 PPS berbanding 7,797 orang malam tadi.

“Di Dewan Orang Ramai Seri Damai menempatkan 156 mangsa, Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran, Kemunting (108), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24), Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (280), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (299) dan SMK Sungai Lembing (empat orang).

“SK Kampung Padang pula menempatkan 73 mangsa, SMK Pandan (921), Balai Raya Kampung Pahang (71), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (98), Balai Raya Kampung Tiram (243), SMK Paya Besar (641), SRJK (C) Chung Ching (540), SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad (590) dan SK Kempadang (68).

“Seramai 635 orang pula dipindahkan ke Wisma Belia, dua orang ditempatkan di Balai Raya Pasir Kemudi, 61 orang di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, 17 orang di Dewan Serbaguna Panching, 40 orang di Kuarters Polis Alor Akar dan 29 di Balai Raya Kampung Sungai Soi,” menurut portal itu.

Seramai 43 mangsa banjir turut ditempatkan di Dewan Melati Penjara Penor, 1,094 orang ditempatkan di SMK Tanah Putih, 659 orang di Dewan Sukpa, Indera Mahkota dan 59 orang di SBP Integrasi Kuantan.

Dua mangsa lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Beserah, 551 mangsa di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), 31 orang di SK Sungai Ular, 233 orang di SK Cherating, 181 orang di Dewan Maksak dan 49 orang pula di SK Sungai Talam.

Dalam pada itu, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Rompin kekal dengan 653 orang yang ditempatkan di sembilan PPS .

Mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Telok Gading (15), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (178), Dewan Serbaguna Desa Wawasan Kampung Pianggu (72) dan SMK Pontian Jaya (82).

Seramai 52 mangsa kini berada di Balai Raya Kampung Sepayang, SK Sarang Tiong (161), Balai Raya Kampung Mikang (lapan), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (25) dan Balai Raya Rekoh (60).

Di Pekan, sebanyak tujuh PPS yang dibuka juga masih kekal menempatkan 1,251 mangsa.

Mereka ditempatkan di SK Merchong Jaya (528), Balai Raya Kampung Menchupu (65), Sekolah Sinar Mutiara, Sungai Miang (423), SK Temai (lima), PPS Kampung Pulau Manis (lima) dan SK Permatang Keledang (223) manakala dua orang pula berada di Balai Raya Kampung Tebat.

Di Jerantut, 26 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Serbaguna Jerantut Feri, lapan orang di Balai Raya Kampung Besul dan 20 orang di Sekolah Kebangsaan Teh.

Sementara itu, di Lipis, lima mangsa ditempatkan di Balai Raya Kampung Tanjung Bungor, empat orang di Balai Raya Lentang dan 10 orang di Dewan Bukit Kota.

Di Bera, 21 orang ditempatkan di SK Charuk Puting dan 15 orang di SK Kuala Triang dan di daerah Maran, seramai 51 orang kini berada di Balai Raya Kampung Pertanian.

Sementara itu, paras air di tiga sungai di negeri ini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (11 meter), Sungai Pahang di Lubuk Paku,Maran (19.3 meter), dan Kuala Sungai Chini, Pekan (15.4 meter). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.