Pulau Pinang Banjir Lagi

GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di pulau Pulau Pinang dilanda banjir kilat pada Jumaat berikutan hujan lebat sejak semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Masjid, Kampung Rawa, Jalan P. Ramlee, Lintang P. Ramlee, Kampung Makam dan Jalan Kuantan.

“Banjir itu disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan di tempat-tempat tersebut serta parit tidak dapat menampung aliran air,” katanya.

Sebahagian kenderaan meredah banjir kilat di Jalan Anson.

Beliau menambah bahawa paras air di Sungai Pinang berada di tahap amaran berjaga-jaga.

“Belum ada pemindahan,” kata jurucakap itu. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.